Berlian Graff Vivid Yellow seberat 100.09 karat itu sekali gus mencatat satu rekod tersendiri untuk sebutir berlian kuning, kata Pengerusi Sotheby Switzerland, David Bennett dalam satu kenyataan pada Rabu lalu selepas lelongan tersebut keesokan harinya.
"Dengan saiz yang menakjubkan dan warna kuning muda yang luar biasa, Graff Vivid Yellow merupakan berlian yang benar-benar luar biasa dengan rupa bentuk yang menawan," kata Bennett.