suria

3 Maut Serangan Bom Di Bangkok

BANGKOK: Tiga orang maut dalam serangan bom awal pagi Khamis ke atas kawasan penunjuk perasaan anti kerajaan di sini.


Pihak tentera mengecam serangan itu dan memberi amaran ia mungkin campur tangan untuk menghentikan keganasan.
Dalam serangan grened M79 itu kira-kira 2.45 pagi di Tugu Demokrasi, 23 orang cedera tetapi tiga orang kemudiannya mati di hospital.

Sehingga petang Khamis, 10 yang cedera masih berada di hospital.

Ketua tentera Prayuth Chan-ocha yang mengutuk serangan itu berkata pihak tentera perlu digerakkan untuk menghentikan keganasan.

Pemangku perdana menteri Niwattumrong Boonsongpaisan sepatutnya berjumpa Suruhanjaya Pilihan Raya untuk membincangkan pilihan raya umum 20 Julai, tetapi ditangguh selepas penunjuk perasaan menuju ke bilik perjumpaan di Akademi Tentera Udara Diraja Thailand.

Dengan kejadian itu tidak pasti sama ada suruhanjaya berkenaan akan meneruskan rancangan untuk mengadakan pemilihan pada Julai.
Bangkok, bom

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan