suria

Empat Kru Feri Sewol Didakwa Membunuh

Kru feri Sewol dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan cuai dalam melaksanakan tugas yang menyebabkan feri tersebut terbalik dan mengorbankan 174 nyawa. Gambar Fail EPA.
SEOUL: Kapten dan tiga kru feri Sewol yang karam bulan lalu dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan membunuh disebabkan kelalaian, lapor agensi berita Yonhap. 

Mereka didakwa meninggalkan feri ketika ia karam dan ketika itu mengarahkan penumpang kebanyakannya pelajar sekolah tinggi supaya tidak berganjak di tempat masing-masing. 

April lalu, Feri Sewol terbalik dalam tempoh sejam selepas berlepas dari Pelabuhan Incheon pada Selasa dengan membawa 476 penumpang termasuk 323 pelajar daripada Sekolah Tinggi Danwon di Ansan. 

Kira-kira 174 orang yang berjaya diselamatkan menjadikan ia kemalangan feri paling buruk dalam sejarah di Korea Selatan.

feri Sewol

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain