SOMA: Menteri Tenaga Turki, Taner Yildiz berkata, angka kematian akibat kejadian letupan di lombong arang batu kini mencecah 282 orang sekali gus menjadikan nahas terburuk dalam industri perlombongan negara itu. Kejadian Selasa lalu di barat bandar Soma mengatasi kematian kejadian letupan gas pada 1992 yang mengorbankan 263 pekerja dekat pelabuhan Zonguldak, Laut Hitam, Turki.