NAIROBI: Serangan bom di sebuah pasar tumpuan awam di Nairobi, Kenya, pada Jumaat mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 orang terkorban manakala 70 orang lagi cedera. Pusat Operasi Bencana Kebangsaan (NDOC) berkata, letupan pertama melibatkan sebuah bas mini awam yang dengan 14 tempat duduk atau dikenali sebagai ‘matatu’. Letupan kedua pula berlaku di dalam pasar Gikomba beberapa saat selepas itu di tengah pusat perdagangan ibu negara tersebut. Serangan dengan dua letupan itu dipercayai ekoran ratusan pelancong Britain dipindahkan dari sebuah resort pantai berdekatan bandar pelabuhan Mombaza, selepas Pejabat Luar Negara Britain mengeluarkan amaran perjalanan kepada rakyatnya.