suria

Gempa Gegar Barat Banda Acheh

BANDA ACEH: Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud gegar Sumatera pagi Ahad menyebabkan orang ramai panik beredar meninggalkan kediaman mereka.

Bagaimanapun, tiada laporan kerosakan dan amaran tsunami tidak dikeluarkan.

Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa bumi itu melanda pada kedalaman sembilan kilometer, kira-kira 300 kilometer barat Banda Aceh.

Ia berlaku pada kira-kira jam 7 pagi tadi.

"Gempa itu amat dirasai selama beberapa saat oleh penduduk di perairan barat. Sebahagian daripada orang ramai lari meninggalkan rumah mereka," kata jurucakap Agensi Bencana Negara, Sutopo Purwo Nugroho.

Bagaimanapun, katanya, tiada laporan mengenai sebarang kerosakan.

gempa bumi, Sumatera, Banda Acheh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain