suria

Wanita 25 Tahun Bertemu Keluarga Selepas 10 Tahun Diculik

Sanchez menunjukkan gambar Garcia yang diambilnya ketika menghadiri parti hari jadi anak lelaki itu pada tahun 2012.

SEORANG wanita yang diculik selama 10 tahun berjaya bertemu ahli keluarganya.

Wanita tersebut hilang ketika masih remaja dan mendakwa ibu kepada bekas teman lelaki menculiknya dengan memberi dadah pada tahun 2004 dan memaksa dia berkahwin dengan anaknya itu sebelum melahirkan anak pada tahun 2012.

Jelas pihak Polis Santa Ana, Isidro Garcia,41, ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes culik dan rogol, pencabulan serta pemalsuan dokumen.

Polis menyifatkan tempoh sedekad yang dilalui mangsa tersebut merupakan satu kes penderaan mental, fizikal dan seks.

Mangsa dipindahkan sebanyak empat kali dan diberi identiti palsu baharu bagi mengelak dia ditemui ahli keluarga dan pihak berkuasa.

Garcia memberitahu mangsa itu bahawa ahli keluarganya sudah berhenti mencari dan jika dia cuba menghubungi ahli keluarga, dia akan dihantar pulang.

"Selepas bertahun-tahun didera dari segi mental dan fizikal, dia berpeluang untuk melarikan diri," jelas kenyataan polis.

Bagaimanapun jiran Garcia  terkejut dengan berita tersebut dan menyifatkan mereka adalah pasangan bahagia bersama seorang anak perempuan, malah sentiasa mengadakan pasti di rumahnya.

"Dia melayan perempuan itu seperti seorang ratu. Dia akan cuba yang terbaik untuk melakukan apa sahaja apa yang dimahukan pasangannya," jelas Maria Sanchez dalam bahasa Sepanyol.

Wanita berusia 25 tahun yang identitinya itu dirahsiakan mula menghubungi pihak berkuasa pada Isnin lalu, hari yang sama Garcia ditangkap.

Polis berkata, wanita itu menemui pihaknya selepas bertemu dengan kakaknya di Facebook.

Pertuduhan kepada Garcia dijangka bermula Khamis.

Culik, 10 Tahun

Artikel Lain