suria

Budak Dihalau Dari KFC Ditawar AS$30,000 Dan Perkelahan Keluarga

Victoria Wilcher.

JACKSON (MISSISSIPPI): KFC Corp berkata, syarikat itu memberi sumbangan wang berjumlah AS$30,000 (RM96,684) sebagai bayaran perubatan kepada seorang kanak-kanak perempuan yang diserang oleh anjing sehingga menyebabkan mukanya berparut yang diusir keluar dari restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) di Jackson, Mississippi.

Syarikat turut memaklumkan bahawa ia sedang menyiasat dakwaan mengenai tindakan seorang pekerja restoran yang mengusir kanak-kanak berkenaan.

Dakwaan mengenai KFC dibuat Khamis yang dikongsikan di laman Facebook bertajuk 'Victoria's Victory' (Kemenangan Victoria).

"Adakah wajah ini menakutkan anda? Minggu lepas di KFC di Jackson MS wajah ini diminta meninggalkan restoran kerana wajahnya menakutkan pengunjung lain," demikian 'posting' yang dibuat di laman Facebook tersebut.

KFC bagaimanapun memohon maaf pada keesokan harinya.

"Sebaik sahaja kami dimaklumkan laporan ini pada Jumaat, kami segera memulakan penyiasatan, dengan menyifatkan tindakan yang menyinggung perasaan dan tidak menghormati orang lain, yang tidak boleh diterima KFC," kata jurucakap Rick Maynard pada Ahad.

"Tidak kira apakah hasil siasatan kami, kami telah memohon maaf kepada keluarga Victoria dan komited untuk membantu mereka. Syarikat ini memberikan sumbangan AS$30,000 kepadanya bagi membantu menjelaskan bayaran perubatan. Seluruh keluarga KFC menyokong Victoria."

Sementara itu, pentadbir halaman Facebook Victoria itu pada Ahad memberitahu bahawa Victoria's Victory mencatatkan lebih 32,500 tanda suka 'like' pada Ahad.

Satu mesej disiarkan pada malam Jumaat oleh sebuah lagi francaisi KFC Mississippi, Dick West of West Quality Food Service in Laurel, menawarkan "satu perkelahan besar KFC" untuk kanak-kanak perempuan itu dan keluarganya.

West turut menulis bahawa ia tahu pemilik restoran Jackson "dan mereka yang tidak pernah menjalankan operasi membenarkan sesiapa yang memasuki restoran mereka dengan diberikan layanan buruk sejak 50 tahun.

"Saya menawarkan untuk belanja Victoria untuk menikmati perkelahan KFC tanpa mengira hasil siasatan tersebut. Vicoria melalui banyak perkara berbanding kanak-kanak perempuan lain dan saya mahu memberikan layanan istimewa untuknya."

Victoria Wilcher, KFC

Artikel Lain