Dalam posting berkenaan Cor Pan menyatakan: “Jika ia akan hilang, seperti inilah yang akan berlaku."
Pan, yang merancang untuk menikmati percutian di pantai Malaysia, memuat naik gambar untuk senagaja bergurau bahawa satu lagi pesawat akan hilang secara misteri seperti berlaku terhadap pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi, pada Mac lalu.
Beberapa jam kemudian, pesawat berkenaan juga hilang daripada radar dan mengorbankan 297 penumpang selepas berlepas dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur.
Meskipun tiada pengesahan bahawa Cor, yang berasal dari Volendam, 15 kilometer di utara Amsterdam, berada di dalam pesawat, gambarnya itu dipercayai diambil dari pintu masuk penumpang dengan pesawat sedang menunggu di ruang parkir.
Komen yang diberikan rakannya dalam Facebook, mengesahkan dia berada di dalam pesawat.
Gambar Cor sehingga tengah malam Khamis sudah dikongsi lebih 10,000 kali di dalam media sosial itu.
Sebelum itu, Cor memuat naik beberapa gambar pantai tropikal yang cantik di dalam laman Facebooknya dan berkata: Hanya menunggu beberapa hari lagi..."