suria

Gempa Bumi 5.6 Magnitud Gegar Algeria

ALGIERS: Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud menggegar ibu negara Algeria awal pagi Jumaat, lapor agensi berita Xinhua. 

Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa itu melanda 11 kilometer barat laut Bordj el Kiffan dekat Algiers. 

Gempa itu dicatat pada kedalaman 10 kilometer dan menyebabkan bekalan elektrik terputus di beberapa daerah di sekitar bandar itu. 

Tiada laporan mengenai kematian atau kerosakan harta benda.
gempa bumi, Algeria

Artikel Lain