Kenderaan yang dinaiki wartawan veteran Channel Nine, Damian Ryan dan krew berita diarahkan supaya berhenti oleh seorang anggota puak pemisah pro Rusia kira-kira satu kilometer dari kawasan nahas.
"Dia mengacukan AK47 ke kepala kami kerana menjangkan kami tentera Ukraine.
"Kedengaran jeritan di kawasan nahas sebelum dia menyedari kami adalah wartawan dan mengarahkan kami meninggalkan kawasan tersebut kerana serangan sedang berlaku," katanya.Krew berita itu baharu saja pulang dari kawasan nahas selepas penyiasat Australia dapat memasuki kawasan tersebut pada Khamis.
"Kami akhirnya dapat keluar dari kawasan tersebut yang pada mulanya dilihat seperti selamat tetapi boleh jadi berbahaya pada hari seterusnya," katanya.