Penyiasat antarabangsa memasuki kawasan nahas di timur Ukraine pada Khamis dalam keadaan berisiko buat pertama kalinya selepas Kiew mengumumkan untuk menghentikan operasi ketenteraannya.
Beberapa pakar dari Belanda dan Australia yang ditemani oleh pemantau antarabangsa berjaya memasuki kawasan tersebut beberapa hari selepas berlaku pertempuran diantara tentera kerajaan dengan kumpulan pemberontak yang membantutkan hasrat untuk sampai ke lokasi itu.
Polis Belanda yang mengetuai siasatan antarabangsa itu berkata, situasi di sekeliling kawasan nahas masih berbahaya walaupun hanya pasukan kecil berjaya memasuki lokasi tersebut.
"Tahap keselamatan di sini tidak stabil. Kami tidak pasti jika boleh sampai ke lokasi nahas dengan keseluruhan pasukan pada masa akan datang. Namun kami berharap agar segalanya lebih baik berbanding semalam (Khamis)," kata ketua misi penghantaran pulang mayat mangsa, Pieter-Jaap Aalbersberg.