Dalam serangan udara sepanjang malam Jumaat dan berterusan awal pagi Sabtu di Rafah, 19 penduduk Palestin dilaporkan maut.
Daripada jumlah itu, seramai 15 mangsa termasuk lima kanak-kanak berusia antara 3 dan 12 tahun daripada satu keluarga maut apabila rumah mereka musnah akibat ledakan bom Israel.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Acjraf al-Qodra, berkata lima lagi penduduk Palestin terkorban dalam dua serangan berasingan yang dilancarkan menerusi kereta perisai Israel di Rafah.