suria

MH17: Satu Lagi Mayat Dikenal Pasti, Warga Belanda

Pasukan penyiasat dari Belanda dan Australia sedang memeriksa kawasan nahas MH17.
AMSTERDAM: Satu lagi mayat nahas pesawat MH17 dikenal pasti menerusi proses pengecaman identiti yang dilakukan pakar forensik pada Jumaat.

Kementerian Keselamatan dan Keadilan Belanda berkata, mangsa disahkan sebagai rakyat Belanda.  

"Keluarga dan datuk bandar daerah mangsa menetap sudah dimaklumkan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di The Hague, Jumaat.

Mayat mangsa pertama nahas tragedi itu dikenal pasti pada 26 Julai lalu. 

Kira-kira 200 pakar forensik Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) antarabangsa menjalankan prosedur mengenal pasti identiti mangsa sejak 23 Julai lalu di kem tentera Hilversum, kira-kira 30 kilometer dari Amsterdam. 

Setakat Khamis, sejumlah 126 daripada 227 keranda dihantar ke Hilversum bagi proses pengenalan identiti. 

Nahas pesawat MH17 pada 17 Julai lalu mengorbankan 298 nyawa termasuk 15 anak kapal. 

Daripada jumlah itu, 195 mangsa adalah rakyat Belanda.
  
Pada Jumaat, jurucakap majlis keselamatan Ukraine dipetik sebagai berkata, Kiev sedang mengakan perbincangan dengan tentera kumpulan pemisah di Donetsk bagi menyerahkan barangan peribadi milik mangsa nahas MH17 sama ada di Kiev atau Kharkiv dengan menggunakan kereta api.
mayat, MH17

Artikel Berikut

Artikel Lain