KIEV: Puak pemisah pro-Rusia menembak jatuh sebuah jet pejuang Ukraine di kawasan konflik di timur Ukraine pada Ahad, kata jurucakap tentera kepada AFP. "Pesawat MiG-29 ditembak jatuh pagi ini di kawasan Luganks dalam perjalanannya bertugas untuk menentang sekumpulan besar pengganas," kata jurucakap tentera, Leonid Matyukin. Beliau menambah, juruterbang berjaya menyelamatkan diri menggunakan payung terjun, dan diselamatkan oleh pasukan tentera Ukraine. - AFP