YANGON: Ratu Cantik Myanmar yang ditarik balik gelarannya enggan memulangkan mahkota bernilai $100,000 (RM316,000) sehingga penganjur pertandingan itu meminta maaf kerana menggelar dirinya sebagai penipu dan pencuri.
Noe menafikan melakukan pembedahan membesarkan payu dara, seperti didakwa pengarah media bagi pertandingan di Korea Selatan itu, David Kim.
Katanya, pembedahan disediakan secara percuma untuk membantu meningkatkan kemasyhuran Noe.Kim berkata, gelaran remaja berkenaan ditarik balik kerana beliau tidak jujur dan tidak berterima kasih dan melarikan diri dengan mahkota itu.
Noe berkata, beliau menaiki pesawat kembali ke Myanmar tanpa menyedari gelarannya sudah ditarik balik.