Jurucakap Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Ketenteraman Kol Wintai Suvaree bagamanapun berkata setakat ini, "masanya belum dijadualkan lagi".
Menurut beliau Perdana Menteri dan pemimpin NCPO Jen Prayuth Chan-ocha menyatakan undang-undang itu akan dikendurkan pada masa akan datang berdasarkan kepada keadaan.
Beliau berkata demikian dalam taklimat kepada mesyuarat NCPO pada Selasa.
Beliau berkata tujuan Jen Prayuth menyatakan perkara itu pada mesyuarat hari ini mungkin kerana ada pihak pempersoalkan pelaksanaan undang-undang tentera ketika Thailand sudahpun mempunyai kerajaan.
Undang-undang tentera dikuatkuasakan di seluruh Thailand sejak 20 Mei.