Menurut pejabat presiden, persetujuan membabitkan wilayah Donbass itu dicapai selepas rundingan di Minsk menemui jalan buntu minggu lalu.
Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan Kremlin pula berbeza apabila mendakwa kedua-dua pemimpin itu hanya bersetuju untuk membawa keamanan di wilayah bergolak berkenaan.
"Rusia tidak boleh bersetuju dengan gencatan senjata itu kerana mereka bukan pihak yang terlibat dalam konflik berkenaan," lapor agensi berita RIA.
Menurut AFP, sebelum ini, Kiev dan negara Barat pernah menuduh Moscow menghantar bekalan senjata kepada puak pemisah pro-Rusia, namun Putin menafikannya.