suria

11 Maut Akibat Tanah Runtuh

Pasukan penyelamat bertungkus lumus menyelamatkan mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh.
BEIJING: Sekurang-kurangnya 11 maut, manakala 27 lagi hilang termasuk pelombong arang batu, selepas hujan lebat melanda barat daya Chongqing di China, sejak Isnin lalu.


Kejadian itu juga mengakibatkan ribuan rumah ranap dan hampir 40,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke tempat yang lebih selamat berikutan keadaan sekarang yang boleh mengancam nyawa.

Agensi berita Xinhua melaporkan, insiden sejak Isnin lalu itu memerlukan semua pihak bekerjasama terutama bagi menyelamatkan mangsa yang hilang.

Sementara itu, laporan agensi berita asing barat melaporkan, pegawai kawalan banjir tempatan memaklumkan, tanah runtuh di daerah Fengjie telah membentuk dua tasik.

"Lebih memburukkan keadaan apabila paras air tarik itu makin tinggi dan meningkat sehingga satu meter dalam tempoh sejam," kata pegawai berkenaan.

Lebih 1,000 penduduk turut dipindahkan dari kawasan sekitar dan mangsa hilang adalah termasuk 11 pelombong arang batu yang dipercayai tertimbus dalam runtuhan tanah.

hujan lebat, tanah runtuh, Chongqing

Artikel Lain