suria

Rakan Rapat Ketua IS Maut Dalam Serangan Udara

KIRKUK: Satu serangan udara di utara Iraq pada Jumaat mengorbankan rakan rapat kepada ketua militan jihad Negara Islam (IS), Abu Bakr al-Baghdadi.

Perkara itu disahkan oleh seorang pegawai tertinggi tentera negara itu, Jeneral Babaker Zebari.

"Pesawat Iraq menjalankan operasi ketenteraan hari ini (Jumaat) dan menyebabkan Abu Hajr al-Suri terbunuh," katanya.

Zebari berkata, serangan udara tersebut dilancarkan di Wilayah Nineveh berdasarkan maklumat perisikan yang tepat dan lokasi yang disasarkan berjaya dimusnahkan.
Ketua IS, Abu Hajr al-Suri, maut, Iraq

Artikel Sebelum

Wanita Redah Sungai Untuk Bersalin

Artikel Berikut

Artikel Lain