suria

1 Kes Bunuh Diri Setiap 40 Saat

GENEVA: Kejadian bunuh diri didapati berlaku setiap 40 saat dengan warga emas lebih banyak melakukannya, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.


Fenomena itu kata PBB, menyebabkan kematian akibat bunuh diri mencatat korban lebih tinggi berbanding semua mangsa perang dan bencana alam bagi setahun.

Dalam laporan pertama Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) PBB, badan itu menyalahkan laporan berlebihan media mengenai tindakan selebriti membunuh diri menyebabkan kes seumpama itu berkembang.

Pengarah Jabatan Kesihatan Mental WHO, Shekhar Saxena berkata, satu kejadian bunuh diri setiap 40 saat di seluruh dunia adalah masalah serius.

“Ada 1.5 juta kematian keganasan setiap tahun di seluruh dunia dan daripada jumlah itu, 800,000 disebabkan bunuh diri,” katanya.

Saxena berkata, kawasan tengah dan timur Eropah serta Asia adalah antara kawasan paling banyak mencatat kes bunuh diri.

“Di seluruh dunia, kadar bunuh diri adalah bagi individu berusia 70 tahun dan ke atas tetapi di sesetengah negara, kadar tertinggi dicatat golongan muda,” katanya. 

bunuh diri, PBB, WHO

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain