Obama akan ke Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Atlanta untuk bertemu ketua pegawai kesihatan dan membuat pengumuman itu.
Menurut White House, ia bertujuan menggerakkan usaha masyarakat dunia bagi memerangi penularan wabak Ebola yang sudah meragut 2,400 nyawa.
Usaha itu akan tertumpu di Liberia, negara yang terjejas teruk.