suria

Polis Medan Tumpas Sindiket Seludup Dadah Didalangi Warga Malaysia

MEDAN: Unit Polis Narkotik Bandar Medan pada Isnin mengesahkan berjaya menumpaskan cubaan menyeludup dadah bernilai Rp 42 bilion (US$3.5 juta) dari Malaysia menerusi Pelabuhan Tanjung Balai di Utara Sumatara.

Jurucakap polis Medan berkata, mereka menahan empat suspek yang disyaki terlibat manakala dalang sindiket tersebut, warganegara Malaysia bernama Amir masih lagi diburu.

Rampasan dadah yang mengandungi 25 kilogram serbuk kristal Methamphetamine dan 35,00 pil estasy dijual di Medan, Utara Sumatra dan beberapa bahagian di sekitar Indonesia termasuk Surabaya dan Jawa Timur serta Kalimantan.

Empat suspek dikenal pasti sebagai Hendra Gunawan, 32, dari Tanjung Balai, Ramlan Siregar, 48, dari Asahan, Rahmad Siregar, 31, dari Deli Serdang dan Amri Prayoga, 33, dari Medan, kesemuanya dalam wilayah Utara Sumatra.

Ketua Polis Utara Sumatra, Inspektor Jeneral, Eko Hadi Sutedjo berkata ia merupakan usaha memerangi cubaan menyeludup dadah terbesar pada tahun ini.

Katanya, polis akan meneruskan siasatan dan memburu dalang sindiket tersebut di Malaysia.

"Kami akan menghantar pasukan khas ke Malaysia untuk menyelesaikan kes penyeludupan dadah ini dan menahan dalang sindiket terbabit," kata Eko kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Bandar Medan.

dadah, penyeludupan, warga Malaysia, Medan

Artikel Berikut

Artikel Lain