BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Jen Prayuth Chan-ocha berkata keadaan di sempadan selatan negara itu yang bergolak telah bertambah baik. "Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan melakukan atau menyatakan sesuatu jika keadaan tidak baik, OIC memahami segala-galanya," kata beliau pada sidang media, Khamis. Beliau berkata minggu depan, Timbalan Perdana Menteri bertanggungjawab bagi Keselamatan dan Menteri Pertahanan Jen Prawit Wongsuwarn, akan melakukan lawatan ke kawasan-kawasan berkenaan bersama pegawai dari pelbagai agensi keselamatan.