suria

Angkawasan Rusia, AS Berlepas Ke ISS

Kapal angkasa Soyuz membawa angkasawan NASA dan dua angkasawan Russia berlepas dari Kazakhstan ke ISS tengah malam tadi. - Foto AP.
BAIKONUR (Kazakhstan): Kapal angkasa lepas Russia, Soyuz yang membawa angkasawan NASA dan dua angkasawan Russia, termasuk seorang wanita berlepas tengah malam Khamis.

Soyuz-TMA14M dilancarkan jam 12.25 pagi waktu Moscow dari Pusat Angkasa Lepas Baikonur dan sedang menuju ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Angkasawan NASA berkenaan, Barry Wilmore bersama rakan angkasawan Russia, Alexander Samokutyaev dan Elena Serova akan berada di ISS selama enam bulan.

Serova adalah wanita pertama Russia berlepas ke angkasa lepas sejak 1997, dan wanita keempat dalam sejarah program angkasa lepas Soviet dan Russia.
Soyuz, ISS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain