suria

Rakaman Video Bapa Imbangi Anak 6 Bulan Atas Tapak Tangan

BAYI berusia enam bulan, Tot Lennox dilihat menikmati keseronokan apabila dia berdiri di tapak tangan bapanya untuk beberapa saat dalam satu rakaman video.


Keadaan itu begitu menakjubkan apabila bayi berkenaan dapat mengimbangi dirinya dalam tempoh itu sebelum ayahnya membaringkannya di atas katil.

Ibu bayi berkenaan, Simone Gilmartin, 32, dari Glasgow, Scotland memberitahu STV: "Ia tidak masuk akal, saya seperti tidak percaya video ini boleh menjadi viral.

"Ia merupakan video pertama seumpama ini yang saya buat. Saya hanya menunjukkannya kepada teman-teman.

"Maklum balas yang diterima sukar dipercayai, tetapi tiada seorang pun yang mempersendakannya. Malah terdapat seorang ketua pasukan sorak memberitahu bahawa mereka berharap dapat melakukan aksi seperti itu." - mirror.co.uk

Artikel Lain