PESHAWAR: Seorang pengebom berani mati telah meletupkan dirinya dalam satu pertemuan jawatankuasa damai di sebuah wilayah yang bergolak Pakistan pada Rabu, mengorbankan sekurang-kurangnya lima orang dan mencederakan tujuh yang lain. Kejadian itu berlaku di Kampung Pir Mela di wilayah Khyber yang bergolak dengan pertikaian etnik, 100 kilometer dari sini. Sementara itu jurucakap kepada Gobenor wilayah Khyber-Pakhtunkhawa, Mehtab Ahmed Khan ketika dihubungi agensi berita AFP, berkata, tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab ke atas kejadian itu. Sejak 2004, Kerajaan Pusat Pakistan bertungkus lumus menentang kebangkitan puak Taliban di wilayah separuh autonomi ini tetapi masih gagal menghapuskan gerakan tersebut sepenuhnya.