SEORANG remaja kulit putih didakwa menyertai kumpulan negara Islam (IS) selepas dilaporkan hilang dari universiti. Misteri kehilangan remaja itu terjawab apabila gambarnya memegang senjata api bersama dua lelaki dipercayai ahli kumpulan IS didedahkan di laman sosial Twitter. Remaja yang dikenali sebagai Jonathan Edwards itu dilapor sanggup meninggalkan universiti bagi menyertai IS. Bagaimanapun gambar yang dimuat naik pada 2 Disember itu belum dapat dipastikan sama ada ia benar atau sebaliknya. Selain itu, identiti sebenar remaja terbabit juga masih dalam siasatan pihak keselamatan antarabangsa. Bagaimanapun, netizen mendakwa, remaja terbabit merupakan warga Australia dan dia disifatkan sebagai pemuda berani kerana telah menyertai IS.