suria

Pesawat AirAsia Zest Alami Masalah Tayar

MANILA: Sebuah pesawat AirAsia Zest yang membawa 184 penumpang berdepan masalah tayar di bandar Tagbilaran di tengah Filipina pada Isnin.

Akibat masalah itu, syarikat dimiliki AirAsia Filipina itu membatalkan penerbangannya.

Insiden itu berlaku ketika usaha mencari dan menyelamat pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia yang hilang semasa dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura, membawa 162 penumpang termasuk anak kapal sedang giat dilakukan.

Sekurang-kurangnya empat penerbangan domestik dari dan ke Tagbilaran dibatalkan berikutan insiden itu.

Jurucakap pihak berkuasa Penerbangan Awam Filipina, Eric Apolonio berkata, pesawat itu membawa 178 penumpang dan enam anak kapal.

Tayar pesawat Airbus A320 itu kemudiannya dibaiki segera bagi  membolehkannya meneruskan penerbangan ke ibu negara Filipina itu. 


AirAsia Zest, Filipina

Artikel Lain