suria

QZ8501: Indonesia Gantung 61 Penerbangan

Ignasius Jonan. Foto tempo.co

JAKARTA: Indonesia menggantung 61 penerbangan melibatkan lima syarikat penerbangan yang didapati tidak mempunyai permit yang sah untuk membuat penerbangan dari negara itu, kata menteri pengangkutannya, Ignasius Jonan pada Jumaat.

Keputusan untuk mengkaji permit penerbangan itu berikutan tragedi membabitkan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa dalam penerbangannya dari Surabaya ke Singapura pada 28 Disember lalu.

AirAsia Indonesia kemudiannya mendapati terdapat pelanggaran waktu operasi penerbangan pada hari kejadian tanpa mempunyai permit yang sah daripada Indonesia.

Jonan turut berkata, kementeriannya telah menggantung khidmat 11 pegawai kerana kecuaian itu dan telah mengaudit lima lapangan terbang di negara itu sejak nahas yang berlaku.

Beliau berkata, kementerian pengangkutan akan mewujudkan sistem dalam talian menjelang akhir Januari ini bagi memantau permit penerbangan.

Kesemua 162 orang yang menaiki AirAsia QZ8501 dipercayai terkorban dalam nahas tu. Lebih 40 mayat telah ditemui oleh pasukan mencari yang turut menjumpai ekor pesawat.

Operasi mencari kotak hitam milik pesawat tersebut sedang dilakukan. – The Straits Times/ANN


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain