PARIS: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan seorang lagi cedera apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah pasar raya di timur Paris pada Jumaat, kata sumber. Menurut sumber lagi, sekurang-kurangnya lima orang ditawan menjadi tebusan. Penyerang itu disyaki merupakan lelaki bersenjata yang sama menembak mati seorang anggota polis wanita di Montrouge di selatan Paris pada Khamis. Sumber polis berkata, suspek berkenaan mempunyai kaitan dengan dua beradik yang menyebabkan 12 orang terbunuh dalam satu serangan di pejabat akhbar mingguan, Charlie Hebdo di Paris pada Rabu lalu. Polis menyiarkan gambar dan nama suspek yang terlibat dalam kejadian tembakan di timur Paris. Menurut sumber terdekat penyiasatan, insiden tembakan berlaku di Porte de Vincennes, timur Paris pada petang Jumaat. "Ia merupakan insiden tembakan 'Montrouge'," kata salah satu sumber, sambil menambah bahawa sekurang-kurangnya seorang dilaporkan cedera. Sebuah helikopter berlegar-legar di ruang udara, dan pasukan polis mengerumuni kawasan itu, dan meminta supaya orang ramai berada di dalam rumah. - AFP