suria

Juruhebah Kenakan Pemanggil Isu Carlie Hebdo

James O'Brien ketika bertugas mengendalikan segmen isu semasa di stesen radio LBC.

LONDON: Seorang juruhebah stesen radio LBC menunjukkan kecerdasan akalnya apabila berdepan dengan pemanggil yang menyalahkan Islam atas serangan ganas di pejabat akhbar mingguan satira, Charlie Hebdo.

Insiden itu berlaku ketika James O’Brien bertugas sebagai hos untuk rancangan bual bicara isu semasa di stesen berkenaan bagi segmen mulai pukul 10 pagi hingga 1 petang.

Dia sedang membincangkan tragedi yang berlaku di Perancis apabila seorang pemanggil yang memperkenalkan dirinya sebagai Richard menuntut semua umat Islam memohon maaf atas pertumpahan darah di Paris.

O’Brien kemudian bertanya kepada Richard sama ada dia sendiri perlu meminta maaf atas kejadian berkenaan.

Pertanyaan itu dijawab Richard dengan bertanya semula kepada O’Brien: “Mengapa pula saya perlu meminta maaf?"

Kemudian O’Brien mula menunjukkan kelicikannya mematahkan hujah Richard dengan mengatakan serangan di Paris itu bukan dilakukan atas nama Islam.

Sekali lagi, O’Brien mempersoalkan pemanggil dengan memberi contoh cubaan serangan bom kasut pada 2001 yang digagalkan pihak berkuasa.

“Serangan itu dilakukan lelaki bernama Richard Reid.

“Jika mengikut logik, semua lelaki bernama Richard perlu memohon maaf,” katanya hinggakan si pemanggil itu makin kematian hujah.

Walaupun Richard masih cuba menjustifikasi tuntutannya, O'Brien pantas mematahkan kata-katanya sambil membalas: “Rasanya anda boleh mengaku salah, kawan.”

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain