Timbalan Ketua Bidang Teknologi dan Pengembangan, Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT), Ridwan Djamaluddin mengakui tiga kapal itu berjaya mengesan isyarat 'ping' yang sama, kira-kira pukul 8.15 pagi Waktu Indonesia Tengah (WITA).
"Mudah-mudahan ia tidak salah kerana tiga alat itu ketika melakukan pengesanan, pingnya menjawab dari kotak hitam pesawat," kata Ridwan.
Beliau berkata, isyarat 'ping' daripada kotak hitam yang dicari selama ini berada di kedalaman sekitar 30 meter di dasar Laut Jawa.
Katanya, pihaknya akan menyerahkan kepada Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (KNKT) untuk tindakan susulan.
"Untuk mengangkat (kotak hitam), hanya KNKT yang mempunyai kuasa mengangkatnya," katanya.
-Metrotvnews.com