RIYADH: Jenazah Raja Abdullah Abdulaziz selamat disemadikan di sebuah kubur tidak bertanda di tanah perkuburan awam di Al-Aoud, di sini selepas solat Jumaat. Jenazah baginda disemadikan tanpa keranda mengikut istiadat Islam yang tidak membezakan antara raja yang memerintah dan rakyat jelata apabila seseorang itu meninggal dunia. Terdahulu upacara pemakaman dimulakan dengan solat jenazah yang turut disertai oleh beberapa pemimipin dunia, antaranya Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif di Masjid Imam Turki bin Abdullah. Raja Bahrin, Raja Hamad bin Isa al-Khalifa; Emir Qatar, Sheikh Tamim Bin Hamad al-Thani dan Emir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad al-Sabah turut hadir pada majlis pemakaman tersebut. Tiada tempoh rasmi berkabung diumumkan di Arab Saudi dan bendera kerajaan negara itu juga dikibar seperti hari-hari biasa. Walaupun populariti baginda jelas di kalangan rakyatnya, namun tidak ada perhimpunan besar-besaran di jalanan di sekitar bandar sebagai menandakan pemergian beliau. Pejabat-pejabat kerajaan, ditutup seperti biasa pada hujung minggu di Timur Tengah iaitu hari ini dan esok serta akan dibuka semula seperti biasa pada Ahad. Solat Asar turut dibuat terlebih dulu sebelum majlis pengebumian Almarhum dan pengebumian jenazahnya juga dibuat tiada sebarang acara rasmi. Raja Abdullah Abdulaziz, mangkat kira-kira jam 1 pagi Jumaat, pada usia 90 tahun akibat radang paru-paru, menurut kenyataan Agensi Saudi Press. Adik tirinya yang Putera Mahkota, Salman, 79 hari ini diisytiharkan sebagai Raja Arab Saudi yang baharu bagi menggantikan Almarhum.
Terdahulu upacara pemakaman dimulakan dengan solat jenazah yang turut disertai oleh beberapa pemimipin dunia, antaranya Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif di Masjid Imam Turki bin Abdullah. Raja Bahrin, Raja Hamad bin Isa al-Khalifa; Emir Qatar, Sheikh Tamim Bin Hamad al-Thani dan Emir Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad al-Sabah turut hadir pada majlis pemakaman tersebut. Tiada tempoh rasmi berkabung diumumkan di Arab Saudi dan bendera kerajaan negara itu juga dikibar seperti hari-hari biasa. Walaupun populariti baginda jelas di kalangan rakyatnya, namun tidak ada perhimpunan besar-besaran di jalanan di sekitar bandar sebagai menandakan pemergian beliau. Pejabat-pejabat kerajaan, ditutup seperti biasa pada hujung minggu di Timur Tengah iaitu hari ini dan esok serta akan dibuka semula seperti biasa pada Ahad. Solat Asar turut dibuat terlebih dulu sebelum majlis pengebumian Almarhum dan pengebumian jenazahnya juga dibuat tiada sebarang acara rasmi. Raja Abdullah Abdulaziz, mangkat kira-kira jam 1 pagi Jumaat, pada usia 90 tahun akibat radang paru-paru, menurut kenyataan Agensi Saudi Press. Adik tirinya yang Putera Mahkota, Salman, 79 hari ini diisytiharkan sebagai Raja Arab Saudi yang baharu bagi menggantikan Almarhum.