RIYADH: Upacara pemakaman Almarhum Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz bermula selepas solat Jumaat, dengan pemimpin negara asing berkumpul dalam masjid di ibu kota ini. Majlis dimulakan dengan solat jenazah yang turut disertai oleh beberapa pemimipin dunia, antaranya Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif di Masjid Imam Turki bin Abdullah.