Bayi kembar tersebut yang diberi nama Alexander, Nicholas dan Timothy berada dalam keadaan sihat.
Mereka dibenarkan keluar dari Hospital Henry Ford di Detroit selepas diletakkan di unit rawatan rapi selama sebulan.
"Saya inginkan sebuah keluarga yang besar dan syukur kelahiran kembar tiga ini memenuhi impian tersebut. Ia hadiah yang tidak ternilai," kata Michael.
Menurut Lauren, kebanyakan bayi kembar tiga terhasil menerusi rawatan kesuburan tetapi beliau tidak menjalani rawatan tersebut.
"Saya menjalani ujian ultrabunyi ketika kandungan berusia lapan atau sembilan minggu dan terkejut apabila mengetahui hamil anak kembar tiga," katanya.Jelas Whiteley, ia sesuatu yang luar biasa kerana tiada sejarah kelahiran kembar dalam keluarganya mahupun di pihak suaminya.