BINTANG bola sepak dunia, Christiano Ronaldo yang merupakan seorang dermawan dilaporkan menghulurkan bantuan sebanyak £5 juta (RM27 juta) kepada mangsa gempa bumi Nepal. Menurut syarikat penerbitan Perancis, So Foot, Ronaldo menghulurkan sejumlah besar wang kepada sebuah organisasi kemanusiaan sedunia, 'Save The Children'. 'Save the Children' merupakan salah satu pertubuhan amal utama yang terlibat dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi Nepal yang berlaku bulan lalu sehingga mengorbankan seramai 7,000 mangsa. Tambahnya lagi, Ronaldo, 30, turut menggunakan laman sosial Facebook dan Twitter pada bulan lalu untuk mendorong peminat menghulurkan bantuan bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh mangsa bencana. Ronaldo, yang juga merupakan seorang bintang kelab ternama Sepanyol, Real Madrid mencipta sejarah sebagai seorang dermawan, disamping prestasinya yang kurang melakukan kesalahan semasa di padang. Pada tahun lalu, Ronaldo dilaporkan menghulurkan sumbangan berjumlah €60,000 (RM241 ribu) untuk membiayai pembedahan otak kanak-kanak lelaki berusia 10 bulan. Bintang Portugis tersebut mempamerkan prestasi cemerlang demi pasukannya pada pertengahan minggu lalu walaupun menanggung kekalahan tipis 2-1 kepada Juventus dalam saingan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah. Ronalo membatalkan hasrat pemain lawan, Alvaro Morata untuk melakukan serangan pembukaan namun sepakan penalti yang disempurnakan Carlos Tevez menjadikan kelab Itali tersebut mendahului kemenangan pusingan pertama untuk memudahkan perlawanan pusingan kedua di Bernabeu minggu hadapan. Disamping itu, tandukan jarak-dekat Ronaldo di Turin merupakan tandukan ke-54 pada musim ini.