SEORANG wanita memfailkan saman terhadap syarikat penerbangan United Airlines kerana mendakwa siaran televisyen yang dilanggan dalam pesawat itu tidak berfungsi degan baik. Cary David dari Orange County, New Jersey memfailkan saman sebanyak AS$5 juta apabila mendapati satu isyarat keluar di skrin televisyen berkenaan ketika tempoh langganan berbaki 10 minit. Wanita yang melanggan siaran televisyen penerbangan berkenaan selama empat jam perjalanan mendakwa syarikat penerbangan tersebut gagal menyediakan perkhidmatan seperti yang dijanjikan. Cary dilapor hanya membayar sebanyak AS$7.99 untuk siaran televisyen tersebut ketika dalam perjalan dari Puerto Rico pada 21 Februari lalu. Jika memenangi kes berkenaan, wanita terbabit dikatakan akan memulangkan wang itu kepada pelanggan syarikat penerbangan tersebut yang menghadapi kesulitan sama sebelum ini.