suria

Myanmar Tunduk, Lancar Misi Menyelamat Pelarian

YANGON: Selepas didesak antarabangsa supaya mengambil tindakan segera bagi menagani krisis kebanjiran pelarian di rantau ini, akhirnya tentera Myamar bertindak melancarkan misi sulung menyelamat pelarian di perairan negara itu.

Laporan AFP menyebut, jurucakap kerajaan, Ye Htut berkata, kapal tentera laut berjaya menemui dua bot ketika melakukan rondaan di perairan negara tersebut.

"Salah sebuah bot yang ditemui membawa kira-kira 219 pelarian termasuk sembilan kru dan dua jurubahasa Benggali. Kesemua mereka didakwa berasal dari Cox's Bazar, Chittagong dan utara Dhaka.

"Sebuah lagi bot milik warga Thailand dilaporkan sedang menuju ke bandar Maungdaw," katanya.

Sementara itu, Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang maklum berhubung perkara itu menyambut baik usaha Myanmar.

"Kami harap perkembangan positif ini dapat membendung kebanjiran pelarian dan melumpuhkan kegiatan sindiket pemerdagangan manusia," kata jurucakapnya, Vivian Tan.

Menurut  UNHCR, kira-kira 2,000 pelarian dipercayai masih terkandas di Teluk Benggal selepas kumpulan penyeludup bertindak menghentikan kegiatan mereka susulan operasi yang semakin meningkat di perairan Asia Tenggara sejak akhir-akhir ini.


Myanmar, pelarian, UNHCR

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain