suria

Juruterbang Terbabit Insiden Pesawat Terbakar Diberi Ganjaran Percutian

Insiden pesawat British Airways yang terbakar di landasan lapangan terbang di Las Vegas sejurus sebelum ia berlepas.

JURUTERBANG yang menyelamatkan kesemua penumpang dan anak kapal dalam insiden pesawat British Airways terbakar di lapangan terbang di Las Vegas baru-baru ini ditawarkan ganjaran bercuti ke Pulau Carribean.

Portal Mirror melaporkan, Chris Henkey, 63, telah bersara dan menikmati percutian bersama isterinya.

Juruterbang itu dianggap hero apabila berjaya menyelamatkan 157 penumpang dan 13 anak kapal apabila pesawat Boeing 777 yang dipandunya terbakar ketika masih di landasan sejurus sebelum berlepas.

Beliau mendedahkan bagaimana British Airways memberikannya percutian ke Pulau Caribbean dengan segala perbelanjaan ditanggung.

Beliau berkata: "Ia tidak sepatutnya menjadi penerbangan terakhir saya sebelum saya bersara tetapi usaha mereka menjadikan saya dan isteri sebagai penumpang adalah baik."

Bercakap di kediamannya di Padworth, Berks di England mengenai insiden yang berlaku minggu lalu: "Trauma mungkin perkataan yang boleh menterjemahkan kesemuanya, tetapi kami semua sudah mengatasinya sekarang. Anda sememangnya tidak boleh bersedia dengannya.

"Saya tidak dibenarkan bercakap mengenai insiden itu kerana siasatan masih sedang dijalankan. Saya tahu orang ramai mahu tahu tetapi saya tidak boleh bercakap mengenai perkara itu," katanya.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain