PUTERA Harry menyambut hari kelahirannya yang ke-31 bersama bekas kekasih, Cressida Bonas, sekali gus khabar angin bertiup kencang mengenai kedua-dua mereka kembali menjalinkan hubungan cinta. Portal Mirror melaporkan Putera Britain meluangkan masa bersama pelakon berusia 26 tahun itu dan teman-teman rapat di sebuah pub di London pada malam Rabu. Kemunculan mereka bersama selepas Cressida dikatakan berpisah dengan teman lelakinya. Harry dan Cressida memutuskan hubungan mereka pada Mac tahun lalu kerana perselisihan faham. Pasangan itu sebelum ini menjalinkan hubungan selama dua tahun. Walaupun kedua-dua mereka dilihat meraikan hari ulang tahun Putera Britain itu, namun sumber yang rapat dengan pasangan itu memberitahu Mail Online bahawa mereka 'pasti' tidak berpacaran lagi. Sebelum bertemu Cressida di pub, Putera Harry menghadiri majlis ulang tahun pertempuran Britain ke-75.