MAKKAH: Bangunan kediaman yang dilanda tanah runtuh bukit di Makkah pada lewat malam Jumaat menyebabkan dua orang cedera, kata agensi berita, SPA. Insiden itu berlaku selepas 107 orang terbunuh dalam insiden kren tumbang di Masjidil Haram pada minggu lalu. Pihak berkuasa pertahanan awam berkata, kejadian tanah runtuh itu mengakibatkan bangunan empat tingkat di kawasan Batha Quraish runtuh, mencederakan seorang lelaki dan seorang wanita. SPA berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. - Reuters