suria

Parti Pembangkang Myanmar Menang Semua 12 Kerusi

NAYPYITAW: Parti pembangkang Myanmar yang dipimpin Aung San Suu Kyi diisytiharkan menang semua 12 kerusi Parlimen pada pusingan pertama selepas pilihan raya umum diadakan pada Ahad, menurut suruhanjaya pilihan raya di negara ini.

12 kerusi itu, kesemuanya di bandar terbesar di negara ini, Yangon, menjadi milik parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD), menurut Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Pilihan Raya Tin Aye pada sidang akhbar.

Sebaik saja proses pengiraan undi bermula, unjuran awal menunjukkan sebanyak 80 peratus daripada 30 juta rakyat telah keluar mengundi, jelas Timbalan Suruhanjaya Pilihan Raya, Thant Zin Aung.

Beribu-ribu penyokong yang memakai baju bewarna merah yang juga warna rasmi parti NLD berkumpul di ibu pejabat parti tersebut dengan harapan tinggi supaya pemimpin pilihan mereka menang.

Bagaimanapun, Suu Kyi yang diwikili oleh salah seorang pegawai NLD, Tin Oo tampil membacakan mesej wanita itu.

“Saya minta anda semua dengar keputusan pilihan raya dari rumah masing-masing,” jelasnya sambil menyeru supaya warga Myanmar menerima apa sahaja bentuk keputusan yang bakal diumumkan dengan hati terbuka.

Ia disifatkan sebagai satu pilihan raya paling telus dalam sejarah negara itu apabila lebih 30 juta orang warga Myanmar turun mengundi.

Pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali itu berlangsung dalam suasana yang aman dengan disaksikan para pemerhati politik dari dalam dan luar negara.

Sebanyak lebih 1,000 anggota Parlimen akan dipilih melalui pilihan raya umum kali ini. 

Pilihan raya kali ini juga menyaksikan hampir 5,728 orang calon daripada 91 buah parti dan 310 orang calon bebas bertanding.

Parlimen Persekutuan Myanmar yang baharu akan bersidang buat julung-julung kalinya pada bulan Januari tahun depan.

Pilihan raya Presiden akan diadakan pada bulan Februari tahun depan. 

Kerajaan pimpinan Presiden U Thein Sein akan tamat tempoh perkhidmatan pada hujung Mac tahun depan.

Artikel Sebelum

Buaya Kawal Banduan Dadah Indonesia

Artikel Berikut

Artikel Lain