suria

Turki Tembak Jatuh Pesawat Pejuang Rusia

ANKARA/MOSCOW: Turki menembak jatuh sebuah pesawat pejuang Rusia dekat sempadan Syria pada Selasa, dengan mengatakan bahawa ia berulang kali menceroboh ruang udara negara itu.

Rakaman dari penyiar Turki, Haberturk TV menunjukkan pesawat pejuang itu terhempas dalam keadaan terbakar di kawasan hutan, sehingga mengakibat kepulan asap tebal.

Rakaman yang berbeza daripada Agensi Anadolu di Turki menunjukkan dua juruterbang menggunakan payung terjun keluar dari pesawat sebelum ia terhempas.

Kementerian Pertahanan Rusia berkata, salah satu daripada pesawat pejuang Su-24 miliknya telah ditembak jatuh di Syria.

"Sepanjang penerbangannya, pesawat itu berada di wilayah Syria," katanya.

Tentera Turki berkata, pesawat tersebut telah diberikan amaran sebanyak 10 kali dalam tempoh lima minit menceroboh ruang udara Turki.

Pegawai berkata, pesawat kedua turut menghampiri sempadan dan telah diberikan amaran.

"Data yang kita peroleh adalah sangat jelas. Terdapat dua pesawat yang mendekati sempadan kita, kita telah memberikan amaran mereka apabila mereka terlalu hampir," kata seorang pegawai kanan Turki kepada Reuters.

"Kita telah memberikan amaran kepada mereka supaya tidak memasuki ruang udara Turki sebelum mereka melakukannya, dan kita telah memberikan amaran kepada mereka banyak kali. 

"Kita mendapati secara jelas bahawa ruang udara Turki telah dicerobohi beberapa jali. Dan mereka telah mencerobohnya secara sedar," menurut pegawai itu. - Reuters

Artikel Sebelum

Gempa 7.5 Landa Peru, Brazil

Artikel Berikut

Artikel Lain