suria

Arab Saudi Cipta Sejarah, Tamatkan Diskriminasi Wanita

RIYADH: Sehari selepas wanita dibenarkan mengundi dan bertanding di Arab Saudi, seramai 20 wanita dipilih menduduki kerusi pentadbiran kerajaan.

Laporan AP menyebut, sejarah tercipta apabila buat pertama kali negara itu memutuskan untuk memberi peluang kepada golongan wanita mengundi.

Semua wanita yang terpilih itu datang dari pelbagai daerah berbeza di negara itu. 

Bagaimanapun, ia cuma mewakili satu peratus daripada 2,100 kerusi majlis perbandaran tetapi dilihat perkembangan baik bagi wanita yang sebelum ini dilarang sama sekali mengundi. 

Malahan, tindakan Arab Saudi itu disambut baik Amerika Syarikat dan menyifatkan ia sebagai pencapaian bersejarah. 

"Pembabitan wanita sebagai wakil adalah langkah penting di Arab Saudi ke arah proses pilihan raya lebih inklusif yang akan memastikan semua penduduk diwakili dalam kerajaan yang bertanggungjawab ke atas semua rakyat negara itu," kata jurucakap Jabatan Negara, John Kirby, dalam satu kenyataan. 



Arab Saudi, John Kirby, wanita

Artikel Lain