SAN FRANCISCO: Perkhidmatan pesanan telefon pintar milik Facebook, WhatsApp mengalami gangguan sementara di beberapa negara.
Keadaan itu menyebabkan jutaan pengguna berdepan masalah untuk menggunakan aplikasi berkenaan.
Negara-negara terjejas seperti Jepun, India, Malaysia, Colombia dan Amerika Syarikat (AS).
Menurut Downdetector.com, gangguan itu bagaimanapun berjaya diselesaikan dalam waktu singkat kira-kira sejam di kebanyakan lokasi. - AFP