suria

Terbang 11 Minit Dari New York Ke London

BAYANGKAN dalam masa hanya 11 minit anda dapat terbang dari New York ke London menaiki pesawat yang dilengkapkan dengan perangsang roket.

Menggunakan konsep radikal 'antipode', kelajuannya dikatakan melebihi Concorde dengan jarak penerbangan mencecah 20,000 kilometer sejam.

Pesawat ini juga boleh membawa sehingga 10 penumpang dan mencapai ketinggian kira-kira 1,400 meter.

Perekanya, Charles Bombadier yang pernah menghasilkan konsep Skreemr untuk jet berhasrat mencipta pesawat paling laju didunia.

Jurutera warga Kanada itu berkata, pesawat Antipod itu boleh berlepas dari sebarang landasan menggunakan perangsang roket yang digunasemula.

"Perangsang roket itu akan dipasang pada sayap Antipod bagi membolehkan ia terbang sehingga kira-kira 1,400 meter ketinggian," katanya kepada Forbes.

Rekaan sayapnya yang unik membolehkan ia mendarat di landasan sepanjang kira-kira 2,000 meter.

"Antipod sesuai untuk kegunaan ahli perniagaan dan pengangkutan tentera bagi membawa pegawai berpangkat tingginya merentasi bumi dalam masa kurang sejam," kata Bombardier kepada DailyMail.com.



Antipod, New York, Charles Bombadier

Artikel Berikut

Artikel Lain