suria

Gadis 19 Tahun Jutawan Paling Muda Dunia

OSLO: Pada usianya yang baru mencecah 19 tahun, gadis ini memiliki harta bernilai AS$1.2 bilion (RM4.94 bilion) dan  dinobat jutawan paling muda di dunia.

Kekayaan Alenxandra Andresen itu melayakkannya disenarai sebagai individu terkaya yang dikeluarkan Forbes baru-baru ini.

Turut tersenarai sebagai individu termuda kedua terkaya adalah kakaknya, Katharin yang berusia 20 tahun dengan jumlah kekayaan yang sama.

Alenxandra menduduki tempat ke 1,475 dalam senarai Forbes.

Memetik The Independent, pada 2007, bapanya Johan H. Andresen memindahkan saham syarikat pelaburan milik keluarganya, Ferd Holding sebanyak 42 peratus kepada kedua remaja itu.

Walaupun pemilikan saham dipindahkan pada 2007,  ia hanya diketahui umum pada 2014 disebabkan undang-undang cukai yang melindungi individu bawah umur.

Keluarga Andresen membina kekayaan sebagai pengeluar rokok terbesar Norway.

Syarikat turun temurun diwarisi generasi sehingga bapanya, Johan yang menjual saham syarikat itu.

Johan melabur dana ke syarikat pelaburan swasta dipanggil Ferd Holdings dan memberikan anak-anak perempuannya setiap pegangan pemilikan 42.2 peratus.

Walaupun dibesarkan dalam kemewahan, kedua-dua remaja itu tetap mengamalkan cara hidup sederhana, malah hanya memandu kereta terpakai.

Alenxandra Andersen, Forbes, Norway

Artikel Berikut

Artikel Lain