suria

Kes Video Seks: Hulk Hogan Terima Pampasan AS$115 Juta

Hulk Hogan dikerumuni wakil media selepas juri memutuskan kes saman malu video seksnya di mahkamah Florida, Jumaat.

FLORIDA: Bintang gusti terkenal Amerika Syarikat, Hulk Hogan peroleh ganti rugi mencecah AS$115 juta (RM465.75 juta) selepas mahkamah memutuskan selebriti itu memenangi kes saman malu berkaitan video seks yang dirakam secara rahsia dan disiarkan menerusi Internet.

Video berdurasi satu minit 41 saat yang berjaya ditonton tujuh juta kali itu memuatkan aksi ketika Hogan mengadakan hubungan seks dengan isteri kawannya sendiri.

Enam juri mengambil masa lima jam sebelum membacakan penghakiman kes berkenaan pada Jumaat.

Ganti rugi itu melibatkan AS$55 juta untuk 'kecederaan' ekonomi dan AS$60 juta lagi untuk tekanan emosi yang dialami Hogan, 62.

Sebaik mendengar keputusan itu, Hogan atau nama sebenarnya Terry Bollea yang memakai bandana hitam menitiskan airmata.

Pengasas laman sesawang berita dan hiburan Gawker, Nick Denton dan pengarangnya, A.J.Daulerio terdiam ketika juri membacakan penghakiman kes itu.

Pihak Gawker yang juga defenden kes itu dikatakan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan kes itu, bagaimanapun mengikut perundangan Florida pihak terlibat perlu menyerahkan wang pampasan.

Ketika memberi keterangannya pada prosiding sebelum ini, Hogan mengakui malu apabila kehidupan peribadinya diceroboh dengan siaran rakaman video itu, selain merosakkan reputasi peribadi dan profesionalnya. 

Hogan memberi keterangan itu di mahkamah di sini bagi  menuntut rugi berjumlah AS$100,000 (RM411,344).

Selebriti itu memberitahu, rakannya yang juga personaliti radio, Bubba Clem menjalani perkahwinan terbuka dan mahu isterinya mengadakan hubungan seks dengannya.

Hulk Hogan, Gawker, Nick Denton

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Robot Domino's Hantar Piza

Artikel Lain