suria

Suspek Utama Serangan Paris Ditahan

BRUSSELS: Suspek utama kejadian serangan di Paris, November lalu, Salah Abdeslam ditahan dalam serbuan di daerah Molenbeeck dekat sini.

Abdeslam adalah warga negara Perancis yang juga antara suspek paling dikehendaki dalam kejadian pada 13 November lalu yang mengakibatkan 130 nyawa terkorban.

Penahanan lelaki berusia 26 tahun itu selepas empat bulan diburu pihak berkuasa negara itu disahkan Menteri Undang-Undang Belgium. 

Laporan Akhbar harian Derniere Heure pula menyebut, Abdeslam cedera, manakala dua lagi rakannya, masing-masing seorang   ditembak mati, sementera seorang lagi juga mengalami kecederaan.




Paris, Salah Abdeslam, Brussels

Artikel Lain